Lembu Sado Di Kelantan Akan Diperdengarkan Al-Quran Untuk Mendapatkan Daging Lembut


KOTA BHARU - Dalam usaha kerajaan Kelantan menjadi pengeluar lembu pedaging berkualiti setaraf dengan daging “kobe” yang terkenal mahal dan lembut, kerajaan Kelantan sedang merangka beberapa pelan tindakan.

Jika di Jepun lembu berkenaan diberi minum bir dan di urut, kerajaan Kelantan pula bercadang untuk memperdengarkan bacaan al-Quran kepada lembu dengan harapan dagingnya akan lembut dan bermutu tinggi.

Menurut Exco  Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi dan Teknologi hijau, Datuk Che Abdullah Mat Nawi cadangan memperdengarkan bacaan alquran kepada lembu itu merupakan sebahagian dari pelan tindakan kerajaan ke arah usaha berkenaan.

Katanya, Kelantan mempunyai lebih 19 ribu penternak lembu dan kebanyakkan penternak lembu di Kelantan mahir berurusan dengan binatang mereka sehingga lembu yang berada di Kelantan lebih jinak.

Kelantan baru-baru ini memperkenal daging lembu bermutu tinggi dikenali Naim Beef.

“Melalui program Naim Beef, kita rangka pelan, buat penyelidikan kerana lembu di sini lebih jinak kerana diantara ciri ciri untuk daging hebat lembu ini kena rilek jinak jadi program naim beef ini merupakan program penyusunan sistem petani mengikut sistem dirancang ke arah mengeluarkan daging yang baik” katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian Karnival Antarabangsa Bio Kelantan 2018 di Kelantan Trade Centre (KTC), disini petang Rabu.

Katanya lagi Kelantan merupakan negeri kedua tertinggi mengeksport lembu ke luar bahkan Kelantan juga muncul negeri pertama mengeksport lembu Sado dari baka Cherolee yang bernilai tinggi.

Lembu baka Cherolee agak pelik kerana lembu ini jinak ketika berada di Kelantan dan sebaliknya bersifat liar bila berada luar Kelantan.

Lembu Sado yang diimport dan di bawa masuk dari benua Eropah mampu di jual dengan harga antara  RM12,000 - RM15,000  seekor.

Sumber: Awani

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com