Lelaki Transgender Di Finland Lahirkan Anak


HELSINKI - FINLAND. Seorang wanita yang menjalani terapi hormon telah menjadi lelaki transgender pertama di negara itu melahirkan bayi, menurut media tempatan, pada Rabu.

"Bayi itu dilahirkan seberat hampir 4 kilogram dan berukuran 53 sentimeter panjang. Identiti lelaki transgender itu bagaimanapun tidak didedahkan untuk melindungi privasi keluarganya," menurut laporan rangkaian berita Lannen Media, dua minggu selepas kelahiran tersebut.

Lelaki berusia lingkungan 30-an itu menukar jantinanya secara sah daripada seorang wanita pada 2015 selepas menjalani terapi testosteron selama beberapa tahun.  

Dia membatalkan prosedur menukar alat kelamin untuk menjadi lelaki sepenuhnya sebelum cuba untuk hamil bersama suaminya.

Kelahiran bayi itu, sekali gus mencetuskan kontroversi memandangkan undang-undang di negara itu menetapkan masalah ketidaksuburan sebagai syarat untuk menukar jantina.

Kes tersebut bagaimanapun diberi pengecualian kerana pasangan yang tinggal di wilayah Helsinki itu memutuskan untuk menggantung rawatan hormon dan kitaran haid 'lelaki' itu dilaporkan kembali seperti biasa.

"Adakah saya mahu masyarakat untuk membuat keputusan tentang apa yang saya boleh lakukan pada tubuh dan hidup saya? Tiada apa boleh menghalang saya. Saya adalah 'lelaki' bebas," katanya ketika sedang hamil menerusi wawancara bersama akhbar Helsingin Sanomat.

Difahamkan, 'lelaki' itu turut mendapat cuti bersalin seperti wanita lain. - AFP

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com