Lelaki 'Frust' Bunuh Ibu, Tikam Bapa Sendiri


CALIFORNIAM- Seorang lelaki berusia 30 tahun yang baru putus cinta diberkas selepas didakwa membunuh ibu dan menikam bapanya.

Penahanan Yihong Peng itu dibuat pada malam Sabtu lalu selepas dia menyerang ibunya, Weiping Shen dan bapanya, Goujun, kedua-duanya berusia 59 tahun di kediamannya di San Juan Capistrano, California.

Jiran suspek bertindak segera menghubungi polis selepas melihat Peng di tepi jalan sambil memegang pisau berlumuran darah.


Apabila polis tiba, mereka menemui ibunya terbaring di dalam rumah manakala bapanya cedera parah.

Seorang jiran berkata, pasangan tersebut pergi ke rumah anak lelaki mereka untuk menenangkan suspek dan menemaninya melalui ‘waktu sukar’ selepas mengetahui hubungan cintanya telah berakhir.

Susulan itu, Peng telah didakwa membunuh dan bapanya kini sedang dirawat di hospital dan dijangka pulih. – Daily Mail

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com