Lelaki Bisu Dirantai Di Dalam Rumah Batu Oleh Ibunya


Seorang lelaki bisu di China telah dirantai dan dikunci di dalam rumah batu oleh ibunya.

Wang Zhiqiang, 41, dilahirkan tidak dapat mendengar atau bercakap dan kemudian menjadi sakit mental.

Ibunya, Yue Rong, 77, mengakui bahawa dia telah merantai anaknya selama 12 tahun yang lalu dalam usaha untuk menghalangnya daripada mencederakan orang lain.

Wang Zhiqiang telah dirantai dan dikunci di sebuah rumah batu itu selama lebih dari 10 tahun.

Menurut DailyMail, ibunya tidak mampu untuk membayar rawatan dan terpaksa meninggalkannya di situ.

Difahamkan, Wang mula mempunyai masalah psikologi selepas dibuli oleh rakan sekelasnya.

Dia dirantai oleh ibu bapanya sejak kejadian itu.

Yue Yue memberitahu Zhengzhou Evening Post bahawa keadaan anaknya semakin teruk dan mula menyerang jiran-jiran di kampung di Dengfeng dari Provinsi Henan.

Kakak Wang, Wang Shufen, menangis setiap kali dia melawat adiknya dalam keadaan seperti binatang.

Kakak berumur 50 tahun itu berkata ia menyakitkan hati melihat adiknya dan meminta supaya dia dibiar dan dilepaskan keluar.

Sementara itu, Setiausaha kampung itu berkata, kerajaan tempatan menyediakan keluarga dengan subsidi bulanan, tetapi Ding berharap orang ramai akan membantu meningkatkan dana yang cukup untuk menghantar Wang ke hospital psikiatri untuk menerima rawatan.

Sumber: Suara TV

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com