Lelaki Bankrap Selepas Isteri Hutang RM18 Juta


KERANA cinta, seorang lelaki menjadi `buta’. Lelaki itu, Christopher Forte kini jatuh muflis selepas isterinya yang berasal dari Indonesia, Juliana Posman, telah menghabiskan wang mereka sebanyak RM18 juta untuk berjudi.

Selama ini apabila Juliana sering meminta wang kepadanya, Forte, memberikan wang itu kepada Juliana tanpa ragu-ragu hinggalah wanita itu berhutang dengan jumlah yang banyak.

Selain Forte, ibu bapanya juga turut terpedaya dengan Juliana hinggakan habis wang mereka sebanyak RM898,000.

Selepas habis duit, perkahwinan Forte dengan Juliana turut berakhir.

Juliana, 38, datang ke London pada usia 20 tahun, turut berhutang dengan dua ahli perniagaan lain sebanyak RM13 juta dengan Forte menjadi penjamin. Selain judi, Juliana juga menggunakan kad kredit.

Forte bertemu Juliana pada 2010 ketika mereka berdua bekerja di sebuah syarikat IT di Surrey, England.

“Juliana sering berjudi melalui laman web dan boleh menang RM2,700 sehari namun selalunya, kalah sebanyak RM1,000. Dia juga pernah kalah RM1.7 juta hanya dalam sehari. Namun disebabkan saya terpesona dengan kata-katanya bahawa dia akan menang besar, saya melamar dia.

“Kami berkahwin pada 2014 di London dan majlis kedua diadakan di Indonesia, untuk meraikan keluarganya di sana,’’ kata Forte yang bekerja sebagai guru bahasa asing di Brighton. Sebelum ini Forte adalah kontraktor IT.

Tidak lama selepas perkahwinan itu, masalah mula melanda dan Forte serta ibu bapanya mula meminjamkan wang kepada Juliana.

Apabila mereka bercerai Ogos tahun lepas,Juliana bersetuju untuk membayar semula wang sebanyak RM900,000 dengan ansuran RM9,000 sebulan kepada Forte namun janji tinggi janji.

Disebabkan Juliana gagal membuat bayaran terbabit, dia telah diisytiharkan bankrap.

“Ketagih judi boleh membawa kemusnahan teruk kepada keluarga. Dia mengahwini saya bukan sebab duit tapi mungkin dia tengok saya terlalu lembut lalu mengambil kesempatan. Dia tidak berhak dapat visa,’’ kata Forte.

Juliana kini masih di England dan baru-baru ini dia memuatnaik gambar sedang bercuti sambil bermain ski di media sosial. - Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com