Lelaki Anjur Acara Tunggang Kerbau Secara Berbogel Ditangkap


SEORANG rakyat Britain yang mencetuskan kemarahan di Filipina kerana membenarkan pelancong menunggang kerbau dalam keadaan bogel pada bulan Februari lalu, telah ditangkap sekali lagi.

Liam Cox, 35, yang berpindah ke Pulau Surigao del Norte sejak beberapa tahun lalu, telah membuka sebuah bar dan rumah tumpangan dengan sasaran pelanggan adalah warga asing dari Britain.

Kali ini dia ditangkap selepas serbuan polis mendapati terdapat penyalahgunaan ganja di rumah dan bar berkenaan.

Serbuan dilakukan polis selepas terdapat tulisan ‘DRUGS, SEX, BEER, RUM, COKE’ yang ditulis di luar rumah tetamu berkenaan.

Dalam serbuan polis yang dilakukan semalam, pihak berkuasa menemui ganja dan dadah manakala Cox sendiri berada di bawah pengaruh dadah.

Dua lelaki lain turut ditangkap di bar milik Cox. - Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com