Lelaki Ada Kaitan Dengan Tragedi 9/11 Ditangkap


WASHINGTON - Seorang lelaki yang mempunyai kaitan dengan serangan ke atas Amerika Syarikat pada 11 September 2001 berjaya ditangkap pasukan keselamatan AS di Syria lebih dari sebulan lalu.

Jurucakap Pentagon, Eric Pahon dalam satu kenyataan baru-baru ini berkata, Mohammad Haydar Zamman iaitu rakyat Jerman berketurunan Syria ditangkap oleh Pasukan Demokratik Syria (SDF) yang mendapat bantuan AS lebih sebulan lalu sebagai sebahagian dari misi menewaskan kumpulan militan Daesh di Syria.

Kami sedang bekerjasama dengan rakan SDF untuk mendapatkan maklumat lanjut berhubung tangkapan itu," katanya.

Menurut laporan disediakan Suruhanjaya 9/11, Zammar adalah anggota militan bermulut lancang, ranggi dan menyokong aktiviti jihad yang berunsurkan keganasan.

Zammar turut digambarkan laporan berkenaan sebagai individu bertanggungjawab mempengaruhi Ramzi Binalshibh yang dituduh menyalurkan bantuan kewangan kepada penyerang 11 September dan menyampaikan maklumat kepada pasukan operasi al Qaeda serta Mohammed Atta, iaitu penyerang utama bangunan Pusat Dagangan Dunia (WTC) di New York.

Sumber kerajaan AS memberitahu, SDF berjaya menahan ratusan pemberontak asing dan ribuan anggota Daesh Syria. - Reuters

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com