Lebih Banyak Rumah Rakyat Dibina Di Kedah Jika BN Kekal Memerintah


Ketika pakatan pembangkang baru menggariskan projek perumahan rakyat dalam manifesto mereka, kerajaan telah pun membina dan merancang lebih banyak rumah untuk golongan sasar di negara ini. 

Ia bukan janji kosong kerajaan pemerintah  kepada rakyat yang memerlukan rumah. 

Di Kedah lebih banyak projek perumahan rakyat akan dibina di dalam kawasan Pokok Sena serta kawasan lain.

Ini termasuk projek Perumaha Rakyat 1Malaysia (PRIM) yang diperlukan oleh penduduk di kawasan Pokok Sena..

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memberi jaminan itu semasa berucap melancarkan projek perumahan kakitangan awam 1Malatsia (PPA1M) di Bukit Pinang, dekat Alolr Setar semalam.

Pojek PPA1M tersebut yang meliputi tiga fasa pembangunan menawarkan, 859 unit rumah teres dan apartmen serta turut akan dilengkapi dengan dewan serbaguna dan bangunan komuniti.

Semalam Najib turut merasmikan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Suka Menanti, Alor Merah di Alor Setar.

Projek PPR Suka Menanti itu bernilai RM108 juta itu membabitkan pembinaan 500 unit rumah yang akan dimulakan Julai ini.

Pembeli hanya dikenakan bayaran RM35,000, manakala kos RM182,000 ribu lagi adalah subsidi kerajaan.

Perdana Menteri turut memberitahu sebanyak 85,198 unit rumah PPR melibatkan 125 projek di seluruh negara telah disiapkan dengan nilai RM6.18 bilion. - Kedahnews.com


No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com