Lebih 7,000 Permohonan MyKad, Sijil Kelahiran Diluluskan Menenerusi Program JPN


BAGAN DATUK - Seramai 7,982 individu telah menerima sijil kelahiran dan kad pengenalan menerusi Program Turun Padang Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dalam tempoh empat bulan tahun ini.

Ketua Pengarah JPN Datuk Mohammad Razin Abdullah berkata Putrajaya merekodkan jumlah paling banyak penerima iaitu 5,048 orang diikuti Sarawak (3,220), Kedah (3,210) serta Pahang (2,373) bagi tempoh dari Januari sehingga 19 April lalu.

Beliau berkata di Perak, seramai 236 orang telah lulus permohonan bagi kad pengenalan dan sijil kelahiran bagi tempoh yang sama.

"Program padang merupakan tindakan proaktif JPN membantu masyarakat yang mengalami masalah kesihatan untuk bergerak serta sukar mendapatkan akses untuk berurusan di pejabat JPN disebabkan kedudukan geografi tempat tinggal individu bagi mendapatkan sijil kelahiran, MyKid atau kad pengenalan.

"Bagi proses kad pengenalan, kita akan pergi ke rumah individu itu dan mengambil gambar serta cap jari dan balik ke pejabat untuk proses seterusnya sebelum menyerahkan dokumen kepada individu berkenaan.

Mohammad Razin berkata program yang dilaksanakan sejak 2000 itu dijalankan di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.

Pada program tersebut, JPN telah menyerahkan kepada sembilan penerima dokumen pengenalan diri iaitu 4 orang penerima gantian MyKad, 5 orang penerima MyKid serta sijil kelahiran.

Seorang penerima, Hawa Jaid, 70, dari Selekoh di sini melahirkan rasa syukur kerana menerima kad pengenalan baharu kerana keadaanya yang tidak mengizinkan untuk pergi ke pejabat JPN bagi melakukan proses pertukaran dokumen pengenalan diri baharu.- BERNAMA

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com