Lebih 300,000 Tentera Korea Selatan, AS Mula Latihan Bersama


SEOUL - Korea Selatan dan Amerika Syarikat melancarkan latihan ketenteraan bersama tahunan pada Ahad, selepas ia ditangguhkan kira-kira sebulan susulan penganjuran Sukan Olimpik Musim Sejuk di Pyeongchang.

Penangguhan latihan itu membuka ruang bagi rundingan damai antara Seoul dan Pyongyang.

Latihan lapangan Foal Eagle terbabit, kebiasaannya menggabungkan tentera udara, darat dan laut, serta pasukan khas, akan berlangsung selama sebulan.

Taktik pertempuran menggunakan simulasi komputer pula bakal diadakan selama dua minggu mulai pertengahan bulan ini.

Jurucakap Pentagon pada bulan lalu berkata, dua latihan bersama akan membabitkan 23,700 tentera Amerika Syarikat dan 300,000 tentera Korea Selatan.

Sementara itu, pegawai tentera di Seoul berkata, latihan itu tidak akan melebihi skala yang pernah diadakan pada tahun sebelumnya. - Reuters

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com