Lebih 1,000 Bekas Ahli PPBM Jelajah Negara Kempen Tolak Mahathir


Lebih 1,000 bekas anggota-anggota Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) akan bangkit menentang pengasas parti itu, Tun Dr. Mahathir Mohamad pada kempen pilihan raya umum ke 14 mulai minggu depan.

Mereka akan menjelajah ke seluruh negara bagi memberi penerangan kepada masyarakat berhubung peribadi bekas perdana menteri itu.

Gerakan tersebut akan diketuai oleh Bekas pengasas PPBM, Kamarulazman Habibur Rahman  akan bergerak ke seluruh negara dengan mengadakan ceramah agar rakyat tahu siapa sebenarnya Tun Dr Mahathir Mohamad.

Menurut Kamarulazman, langkah tersebut diambil kerana mereka melihat pengerusi PPBM itu telah menjadi seorang yang oportunis bagi mengejar jawatan dan pengaruh dalam parti yang diasaskannya.

Gerakan tersebut tidak didalangi oleh mana-mana pihak dan ia merupakan inisiatif bekas anggota PPBM yang tidak mahu melihat negara ini dihuruharakan oleh Dr Mahathir lagi, katanya pada sidang media semalam.

Mengenai pembubaran sementara PPBM, Kamarulzaman menjelaskan apa yang berlaku sebenarnya adalah atas kesilapan dan kesalahan parti itu sendiri dan mereka tidak sewajarnya menuding jari menyalahkan pihak lain terutama Jabatan Pendedaftaran Pertubuhan (RoS). - Kedahnews.com


No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com