Lapah Lembu 300Kg Di Lokasi Kemalangan


KUALA ROMPIN - Akibat tiada penternak yang mengaku pemilik lembu seberat 300kg yang dilanggar sebelum melambung menimpa Mohd Ishamuddin Mad Ali, 35, beberapa penduduk Felda Selendang sepakat menyembelihnya di lokasi kejadian.

Seorang penduduk, Adnan Mohamad, 30, berkata, rakannya menghubunginya memaklumkan ada kemalangan melibatkan lembu dan diminta datang membawa pisau kerana kemungkinan lembu itu akan disembelih.

"Ketika saya sampai di lokasi mangsa dah tiada, saya tengok keadaan lembu patah kaki depan belah kanan dan saiznya memang besar.

Katanya, mereka sudah bertanyakan pemilik lembu itu tapi tiada yang datang mengaku.

"Sekitar jam 7 petang, mereka yang lalu di lokasi kejadian sepakat untuk sembelih sebab tiada tuan mengaku pemiliknya, daripada membiarkan lembu itu mati kesakitan," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Adnan berkata, kerja-kerja melapah siap sekitar jam 10 malam.

"Kesemua daging diagih kepada orang yang melapah dan kenalan terdekat mereka," katanya.

Sumber: Awani

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com