Langkawi Tidak Boleh Dilepas Kepada Pembangkang Seperti Mana Pulau Pinang


Penduduk Pulau Langkawi tidak wajar sama sekali 'menyerahkan' pulau pelancongan yang sudah pun terkenal itu kepada parti pembangkang pada pilihan raya umum ini.

Tanpa mengira siapa juga calon daripada pembangkang, Pulau Langkawi perlu dikekalkan dalam pengawasan Barisan Nasional kerana Langkawi lebih dekat dengan Putrajaya.

Selepas dimajukan dengan pelbagai projek untuk menarik jutaan pelancong dalam dan luar negara, tumpuan kerajaan Persekutuan ialah mensejahterakan penduduk di pulau sumpahan mahsuri itu.

Langkawi tetap istimewa di hati Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak walaupu beliau bukan orang Kedah.

Dalam hali ini pelbagai projek pembangunan dijayakan di bawah pelaksanaan Blueprint Pelancongan Langkawi yang dilancarkan beliau pada Disember 2011.

Kerajaan pimpinan Najib tidak mahu penduduk tempatan ketinggalan dengan sekadar melihat dan berbangga dengan  projek komersial seperti hotel bertaraf mewah, kawasan peranginan dan pusat membeli belah yang dikuasai oleh orang dan pelabur luar. 

"Biar pun saya bukan berasal dari Kedah, saya tetap memberi pertimbangan yang adil dan sebaiknya kepada Langkawi." kata Najib ketika berucap pada satu majlis tidak lama dulu.

Dalam kata lain, limpahan ekonomi daripada perkembangan pesat di sektor pelancongan perlu dirasai dan dinikmati oleh penduduk di pulau itu secara maksimum. 

Blueprint Pelan Pelancongan Langkawi telah menggariskan 14 inisiatif bagi melonjak kedudukan pulau itu dengan matlamat Langkawi menjadi antara 10 pulau dan eko-pelancongan terbaik.

Kajian oleh Universiti Sains Malaysia (USM) sebelum ini juga menunjukkan bahawa purata perbelanjaan pelancong ke Langkawi bagi tempoh penginapan selama tiga hingga empat malam terdapat peningkatan iaitu sebanyak RM1,500 bagi pelancong domestik dan RM3,100 bagi pelancong antarabangsa.

Faktor lain  yang turut menunjukkan pencapaian terhadap pelaksanaan Blueprint Pelancongan Langkawi juga adalah peningkatan pengangkutan udara yang bertambah baik di peringkat domestik mahupun antarabangsa.

Kejayaan Blueprint Pelancongan Langkawi tidak terhenti di situ apabila diteruskan kepada Fasa 2 pada 2016.

Namun penduduk Langkawi tetap bertuah kerana setiap pembangunan yang dilakukan untuk menarik lebih ramai pelancong dari dalam dan luar negara turut melibatkan infrastruktur serta kemudahan yang dinaik taraf sekali gus memberi kesenangan kepada penduduk Langkawi.

Pembangunan terus kepada penduduk Langkawi ditunjukkan melalui projek perumahan rakyatnya, naik taraf infrastruktur termasuk bekalan air dan elektrik.

Pelbagai pembangunan yang dilakukan di pulau ini membuktikan pengundi kawasan ini membuat pilihan terbaik apabila berterusan memilih wakil rakyat BN untuk berkhidmat di sini.

Selain Kubang Pasu, Parlimen Langkawi adalah kubu kuat BN dan selayaknya ia kekal begitu.
Walaupun Tun Dr. Mahathir Mohamad mungkin betanding atas tiket pembangkang pada PRU14 ini, penduduk Langkawi perlu melihat masa haapan mereka. 

Apa yang penting Pulau Langkawi tidak harus menjadi seperti Pulau Pinang yang terlepas kepada DAP. - Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com