Lagi Sebulan Nak Kahwin, Muka Bakal Pengantin Melecur Teruk


MALANG nasib seorang bakal pengantin perempuan apabila muka dan badannya melecur teruk gara-gara terkena air sup panas dari periuk tekanan (pressure cooker) yang meletup secara tiba-tiba.

Kejadian tidak diduga itu berlaku kepada seorang tukang jahit dan jurusolek sambilan, Siti Salmian, 24 tahun, kurang dari sebulan sebelum berlangsung majlis perkahwinannya.


Bagaimanapun dia tidak menyalahkan peralatan memasak tersebut, sebaliknya kecuaiannya dirinya yang tidak mengambil tahu tatacaara penggunaannya sehingga menyebabkan kejadian itu berlaku.

“Haritu tekak ni teringin sangat nak makan sup tulang, kebetulan pergi pasar ternampak la tulang-tulang tu jadi memang terus beli.


“Balik rumah macam biasalah kita masak nasi, siang apa yang patut untuk masak ni. Cakap pada mak, nak makan sup tulang… mak pun balas, ‘nak kahwin kan, kenalah belajar masak sup tulang’.

“Kita pun rebus tulang-tulang daging lembu tu dalam pressure cooker macam biasa. Punyalah bodoh sangat ini, kita pun kunci periuk tu.


“Namun tiba-tiba tak tahu macam mana, mungkin perut ni lapar sangat pergilah dapur tengok periuk tu… usiklah pemegangnya, entah macam mana periuk tu meletup habis kena satu muka dan badan,” tulis Siti dalam perkongsian tular wanita itu di laman Facebook

Siti menjelaskan, insiden yang berlaku itu bukan disebabkan kesalahan peralatan memasak itu sebaliknya, sikapnya yang tidak arif mengenai cara penggunaan yang betul periuk berkenaan.


“Kebodohan diri sendiri sebab memang tak ‘google’ (kaji di internet) cara guna macam mana (guna pressure cooker) dan nasib pejam mata masa tu kalau tak pejam mugkin mata pun kena sekali,” tambahnya.

Meskipun kini kesan parut diwajahnya sudah beransur pulih, Siti meminta orang ramai supaya mengambil iktibar dari kejadian yang menimpa dirinya itu.


Malah menasihatkan supaya mencari maklumat di Google atau merujuk dahulu cara pengendalian agar kejadian seumpama itu tidak berulang lagi.

Dalam pada itu, Siti memberitahu majlis perkahwinannya akan tetap diteruskan pada 21 April ini dan semoga para pembaca mengambil iktibar dengan kajadian tidak disangkakan ini. - Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com