Kuota Khas Haji Untuk Pesara


KUALA TERENGGANU - Seramai 500 pesara kerajaan berpeluang menunaikan haji tahun ini berikutan keputusan Tabung Haji (TH) memberi kuota khas kepada golongan itu.

Presiden Yayasan Pesara Malaysia (YPM), Tan Sri Aseh Che Mat, berkata persetujuan itu dicapai dalam pertemuan di antara pengurusan tertinggi Tabung Haji dengan YPM, kelmarin.

Katanya, persetujuan itu susulan pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk memberi kuota khas kepada pesara.

"Berikutan keputusan itu, ahli persatuan yang merancang untuk menunaikan haji boleh membuat permohonan segera," katanya pada majlis Tautan Kasih Pesara Kerajaan Malaysia Terengganu di sini semalam.

Kira-kira 800 ahli persatuan pesara kerajaan negeri hadir pada majlis itu yang dirasmikan Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman.

Sumber: BH Online

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com