Kubang Pasu Kekal Kubu BN Selepas Mahathir Bersara


Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah hari ini menjelajah Dewan Undangan Negeri Jitra untuk bertemu penduduk.

Misi lawatan itu tidak lain untuk mengingatkan penduduk di Jitra dan khususnya pengundi  Parlimen Kubang Pasu agar mengekalkan kemenangan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke 14 yang ditetapkan pada 9 Mei ini.

Antara jadual Menteri Besar ialah bersarapan bersama rakyat di bandar Darulaman, program mesra rakyat di Taman Bersatu Kemunting, jamuan rakyat di Kota Mengkuang, Wang Tepus

DUN Jitra merupakan kawasan yang pernah diwakili oleh bekas Menteri Besar, Tan Sri Osman Aroff. 

Tidak seperti Tun Dr. Mahathir Mohamad yang keluar UMNO dan menentang UMNO walaupun penduduk Kubang Pasu mengangkatnya selama 22 tahun menjadi ahli parlimen kawasan itu, Osman masih setia bersama UMNO dan BN.

Spekulasi menyatakan bekas Menteri, Besar Datuk Seri Mukhriz Mahathir akan bertanding atas tiket PKR di DUN Jitra dan Kubang Pasu pada PRU14.

Namum Mukhriz perlu menerima hakikat penduduk Jitra akan menolaknya walaupun bapanya pernah menjadi ahli Parlimen kawasan  berkenaan.

Jitra, Bukit Kayu Hitam dan Parlimen Kubang Pasu tetap kekal sebagai kubu BN selepas Dr. Mahathir bersara hampir 20 tahun lalu.    

Ini bermakna penduduk Kubang Pasu masih setia bersama UMNO, bukannya kepada Dr. Mahathir yang kini bergabunga tenaga bersama DAP untuk menjatuhkan kerajaan BN. -Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com