KTMB Larang Pasang Bendera Politik


KUALA LUMPUR – Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menasihatkan parti-parti politik yang bertanding dalam Pilihanraya Umum Ke-14 (PRU-14) tidak memasang bahan-bahan kempen seperti tiang, bendera,sepanduk dan sebagainya di kawasan pentadbiran dan operasi KTMB.

Ketua Pegawai Eksekutif KTMB, Mohd. Rani Hisham Samsudin berkata, kawasan larangan termasuk jejantas dan sepanjang landasan termasuk pagar.

“Bahan kempen dilarang dipasang di tiang-tiang kabel elektrik, papan-papan tanda dan tiang-tiang stesen, terminal, depoh, stokereta, kuarters dan bangunan KTMB,” katanya dalam satu kenyataan media semalam.

Mohd. Rani berkata, larangan itu bagi mengelakkan bahan-bahan kempen terkena pada AlatTalian Atas (Overhead Line) yang berarus 25KV di mana ianya boleh menyebabkan gangguan kepada operasi tren dan keselamatan penumpang serta krew tren.

Tambah beliau, KTMB ingin memastikan tren beroperasi dengan lancar sepanjang kempen Pilihanraya dan hari mengundi.

“Saya berharap pihak yang berkempen ticlak memasang bahan-bahan kempen di kawasan-kawasan larangan KTMB bagi mengelakkan insiden yang tidak diingini berlaku.

“Orang ramai yang melihat sebarang keadaan yang boleh menjejaskan operasi tren boleh memaklumkan kepada anggota Polis Bantuan KTMb yang berada berdekatan dengan stesen KTMB atau hubungi Pusat Kawalan Polis Bantuan di talian 03-2263 1194,” katanya. - Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com