Konvoi Kelab Jaguar Bikers Malaysia ke Yala Sumbang Al-Quran, Barang Dapur


ALOR SETAR - Objektif utama Kelab Jaguar Bikers Malaysia menyertai Program Ride Amal dan Jalinan Ukhuwah Malaysia-Thailand di Masjid Padang Sanai, pada Jumaat lalu adalah bagi mengeratkan hubungan diantara dua negara.

“Program dua hari itu bertujuan mengeratkan hubungan penduduk dari dua negara selain menyampaikan sumbangan al-Quran dan barangan dapur kepada penduduk miskin di Yala.

“Sebelum itu, kami juga singgah di daerah Sakom dan Kabang di Selatan Thailand," katanya memetik Sinar Online.

Menurut Pengerusi kelab, Zaidi Latif, program amal pertama kali dianjurkan itu telah membabitkan seramai 35 penunggang motosikal berkuasa tinggi dari Kuala Lumpur ke Yala, Thailand.

Katanya, program berkenaan dirasmikan Adun Kuala Nerang, Datuk Badrol Hisham Hashim selaku tuan rumah.

Tambah Zaidi, disebabkan program itu mendapat sambutan menggalakkan daripada bikers, mereka  telah mencadangkan supaya ia dijadikan acara tahunan kelab.

“Kami juga berterima kasih kepada beberapa NGO yang turut menghulurkan sumbangan bagi menjayakan program ini,” ujarnya.

Kata Zaidi, peluang itu memberi pengalaman kepada penunggang motosikal berkuasa tinggi melihat kehidupan masyarakat Melayu di sana sambil memberi sumbangan. - Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com