Kilang Guna Bateri Terpakai Jadikan Serbuk Kopi Diserbu


DAK NONG (VIETNAM) – Sebuah kilang pengeluar kopi milik sebuah keluarga di Dak Nong diserbu pihak berkuasa berikutan dakwaan ia menghasilkan serbuk kopi daripada bahan berbahaya.

Kilang milik Nguyen Thi Loan diserbu pihak berkuasa Selasa lalu susulan aduan penduduk yang bimbang akan aktiviti yang mencurigakan.

35 kg serbuk hitam yang dipercayai bateri terpakai, cecair hitam seberat 10 kg, sampah sarap dan abu batu-bata berjaya dirampas dalam serbuan terbabit.

Menurut seorang profesor di Vietnam National University, bahan hitam yang didapati daripada bateri itu adalah bahan kimia toksik yang dikenali sebagai mangan dioksida.

Sejumlah 0.5 miligram mangan dioksida yang dicampur dalam satu liter air sudah cukup untuk menyebabkan keracunan pada manusia.

Pemilik syarikat mengakui kesemua bahan berbahaya itu dicampur dengan biji kopi untuk diproses bersama dan dikeluarkan sebagai satu jenama kopi.

Jenama itu bagaimanapun tidak didedahkan.

Pemilik kilang tersebut mendakwa telah berjaya menjual lebih 3 tan kopi tahun ini. 

Sumber – Agensi

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com