Khairuddin Kata Mahathir Tidak Pernah Menipu Dalam Hidup, Betul Ke Bro…?


Pakatan Harapan Langkawi membawa masuk Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan untuk berkempen memenangkan calon mereka, Dr Mahathir Mohamad di Pulau Mahsuri itu.

Jentera parti berkenaan kelihatan berbangga apabila dapat membawa bekas pemimpin PPBM ke sebuah kawasan yang sebelum ini dipenuhi oleh penyokong kuat Umno dan PAS, iaitu Kampung Kilim di Langkawi.

Bagaimanapun, apabila diteliti tutur kata pidato Khairuddin dalam Ceramah Kelompok Pakatan Harapan Langkawi DUN Ayer Hangat itu, ternyata penggerak Deklarasi Mahathir berkenaan tiada isu baharu untuk diketengahkan.

Khairuddin sekadar membuka cerita lama seperti skandal 1MDB (yang tidak melibatkan kesalahan Najib Razak), dana RM2.6 bilion (yang berasal dari penderma Arab) dan beberapa cerita mengenai ‘curi wang rakyat’ yang disebutnya tanpa sebarang bukti dokumen yang sah.

Lebih menarik, Khairuddin yang sering kali menjaja bahawa dia pernah bertugas di Pejabat Perdana Menteri pada zaman Tun Abdullah Ahmad Badawi itu turut mendakwa idolanya, Dr Mahathir tidak pernah melakukan sebarang pembohongan.

“Insya Allah, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak pernah menipu dalam perjuangan… Jiwanya, semangat nasionalismenya cukup tinggi… Semangat patriotismenya cukup tinggi,” ujar Khairuddin pada sesi ceramah malam tadi.



Bagaimanapun Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang dikaitkan dengan PKR pada 22 Ogos 2015 telah menuduh Dr Mahathir sebagai penipu.

Tuduhan itu susulan kenyataan calon P004 Parlimen Langkawi itu yang menasihatkan pembangkang supaya terus bekerja keras menumbangkan Datuk Seri Najib Tun Razak namun dalam masa sama harus mengekalkan pentadbiran Barisan Nasional (BN).

Pengarah Propaganda SAMM, Edy Noor Reduan berkata, tujuan sebenar Dr Mahathir bukan mahu menyelamatkan Malaysia mahupun UMNO tetapi untuk melindungi kroni.

“Dr Mahathir adalah penipu, setiap kata-katanya adalah penipuan. Dr Mahathir hanya tidak menipu ketika berdiam diri, itupun kita harus berhati-hati kerana pastinya Dr Mahathir yang berdiam itu sedang merancang untuk penipuan seterusnya,” katanya.

Selain itu pada 17 Februari 2018, anak didiknya sendiri iaitu Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz menganggap Dr. Mahathir penipu paling besar dalam negara ini.

Menurut Nazri yang menjadi protegenya, Dr Mahathir banyak melakukan perkara yang beliau sendiri larang sewaktu menjadi Perdana Menteri.

“Dr. Mahathir jangan hendak menipu, saya tahu semua perkara. Dahulu, sewaktu saya menjadi menteri selama lima tahun, dia ajar saya kita perlu buat sesuatu untuk bangsa Melayu, semua dia nasihat saya.

“Termasuk hari ini, kalau saya kurang ajar, dia ajar saya jadi kurang ajar. Jadi, jangan hendak marah saya. Kalau kita berguru dan guru itu buat perkara yang dahulu dia pesan pada kita jangan buat, sudah tentu anak murid akan mengamuk,” katanya.

Tambah menarik, pada 27 Oktober 1998, bekas pembenci Dr Mahathir pernah menyenaraikan 25 perkara penipuan yang di buat oleh Dr Mahathir ketika masih bergelar Perdana Menteri. (Boleh di baca di bawah artikel ini) – TV14



#JomBN #BersamaBN #DahulukanRakyat #HebatkanNegaraku #PRU14 #TsunamiPHitnah #GE14 #UndiBN #BR1M #ManifestoBN #HarapanPalsu #HarapanBohong #TolakDAP #PakatanDAP #SinsofMahathir #DosaDosaMahathir



No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com