KFA Boleh Gulung Tikar Tanpa Orang Politik - Naib Presiden KFA


ALOR SETAR - Tanpa penglibatan orang politik dalam Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) boleh  menyebabkan kelab itu gulung tikar, demikian menurut naib presidennya, Datuk Othman Aziz.

Jelas beliau, penyertaan orang politik mahupun kerajaan negeri dalam KFA sedikit sebanyak  membantu mencari dana persatuan untuk membiayai kos pengurusan  pasukan dalam kancah Liga Malaysia yang mencecah RM30 juta setahun.

Beliau berkata KFA menggunakan pejabat menteri besar untuk membantu menambah dana persatuan serta perlembagaan persatuan turut memperuntukkan jawatan presiden secara automatik disandang  oleh menteri besar.

"Misalnya, zaman kegemilangan pasukan Perlis terus merudum selepas dilanda kemelut kewangan tanpa penglibatan Menteri Besar Perlis sebagai presiden dalam persatuan bola sepak negeri itu," katanya memetik Bernama.

Tambah timbalan menteri kewangan pertama itu selepas merasmikan program Jom Turun Bendang, Kodiang, di sini, pada Sabtu.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika mengulas manifesto Pakatan Harapan (PH) Kedah bagi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), yang dilancarkan baru-baru ini, antara lain berjanji  mahu menilai semula penglibatan orang politik dalam pentadbiran KFA sekiranya  mendapat mandat mentadbir negeri ini pada PRU14, 9 Mei ini. - Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com