Ketum Kena Masuk Bawah Akta Dadah - Exco Kedah


ALOR SETAR - Negeri Kedah meminta supaya ketum dimasukkan ke dalam Akta Dadah 1952.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Sabrina Mohd Noor penyalahgunaan daun ketum sebelum ini diletakkan dibawah Akta Racun 1952.

Hal ini kerana, berdasarkan kajian makmal Kedah Bio-Resources Corporation Sdn Bhd (KBio Corp) di Kulim Hi-Tech Park, hanya ada satu bahan negatif dinamakan mitragynine, yang boleh menyebabkan ketagihan.

Jelas Sabrina, selain mitragynine, semua kandungan di dalam ketum memberi kesan positif kepada pengamal kerana mampu mengatasi masalah cirit birit, saluran darah dan kencing manis.

"Sebenarnya dalam analisis bahan kimia ada yang lebih yang baik lagi. Orang kampung guna ketum ketika cirit birit yang terlalu teruk kalau diambil daun ketum ni dia cepat baik.

"Ada beberapa bahan kimia dan dalam kajian jabatan kimia kita tidak nafikan ketum ni ada kebaikan," katanya memetik Awani.

Setelah menilai semua kesan positif, katanya adalah rugi kepada negeri Kedah sendiri apabila gagal dikomersialkan.

Menurut sumber, Jerlun adalah pembekal ketum terbesar di dunia, terutama ke pasaran Thailand.

Bagaimanapun, ketum menjadi negatif apabila masyarakat mencampurkan bahan lain bagi mendapatkan lebihan ransangan. 

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Pre-Launch Himpunan Usahawan Kosmetik Kedah dan lawatan di Makmal Ujian KBio, Kulim Hi-Tech Park baru-baru ini.- Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com