Kes Syamsul Debat: Polis Tunggu Keputusan TPR


SEREMBAN - Siasatan polis sudah selesai, kini terpulang kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR) membuat keputusan berhubung kes penceramah motivasi, Syamsul Amri Ismail atau Syamsul Debat, yang didakwa mempunyai hubungan dengan isteri orang.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Noor Azam Jamaluddin, berkata TPR yang mengkaji kertas siasatan kes berkenaan belum memutuskan, sama ada ia dibawa ke mahkamah atau tidak.

"Kami masih menunggu keputusan TPR. Jika ada tarikh (pertuduhan), kita akan maklumkan," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Akhbar pada 27 Mac lalu, melaporkan Syamsul Debat, 41, menafikan laporan mendakwa dia mempunyai skandal dengan isteri orang.

Difahamkan, pengadu membuat laporan polis mendakwa penceramah terbabit berkenalan dengan isterinya yang menetap di Johor Bahru melalui Facebook sebelum hubungan mereka bertambah rapat dan mula berhubung melalui telefon.

Lelaki itu mendakwa, pada Disember tahun lalu, penceramah itu bertemu isterinya di sebuah hotel di bandar ini.

Sumber: BH Online

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com