Kerajaan Kedah Buka Semula Laluan Lama Jeti Kuala Kedah


ALOR SETAR – Bertindak diatas hasil rugutan serta aduan penumpang yang menggunakan perkhidmatan feri dari Terminal Jeti Kuala Kedah dekat sini menuju ke Langkawi, kerajaan negeri Kedah bersetuju menyelesaikan rugutan itu dengan membuka semula laluan lama menurunkan penumpang yang ditutup sejak tahun lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga negeri, Datuk Badrol Hisham Hashim berkata, Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS)  telah diarahkan supaya membuka semula besi penghadang yang dipasang di laluan berkenaan dalam tempoh terdekat ini.

Badrol menjelaskan kepada pemberita bahawa besi penghadang itu dipasang sejak April tahun lalu demi memberi laluan kepada projek pembinaan parkir bertingkat.

Katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan rasmi ke terminal berkenaan kelmarin.

“Saya harap selepas ini penumpang yang hendak ke Langkawi tidak lagi perlu menarik beg yang berat dan banyak dari jarak yang jauh dari jeti sekali gus dapat memudahkan urusan penumpang untuk melancong ke Langkawi,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata kerajaan negeri akan meneliti semula laluan menurunkan penumpang tersebut setelah proses penambahbaikan jeti terbabit yang melibatkan peruntukan RM208.9 juta selesai. - Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com