Kerajaan BN Uruskan Ekonomi Dengan Baik


KUALA LUMPUR – Semakan peningkatan kali keempat terhadap Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia oleh Bank Dunia adalah petanda jelas bahawa kerajaan Barisan Nasional menguruskan ekonomi dengan baik, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, di sini, semalam.

“Bank Dunia meningkatkan ramalannya terhadap pertumbuhan ekonomi Malaysia 2018 kepada 5.4 peratus, semakan peningkatan keempat berturut-turut! Tiada negara sejak 16 bulan lalu mendapat pencapaian ini, tanda jelas bahawa kerajaan @barisanasional menguruskan ekonomi dengan baik! #HebatkanNegaraku,katanya dalam laman twitternya.

Bank Dunia sebelum ini menjangkakan pertumbuhan sebanyak 5.2 peratus untuk 2018.

Laporan terkini Bank Dunia mengenai Ekonomi Asia Timur dan Pasifik bagi edisi April 2018 menyebut, pertumbuhan Malaysia dijangka kekal kukuh dalam masa terdekat walaupun dalam kadar sederhana berbanding 2017.

“Secara agregat, kadar pertumbuhan ekonomi Malaysia akan disokong oleh pengukuhan berterusan penggunaan swasta,” kata laporan itu. – Bernama

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com