Keputusan Mahkamah, Kenyataan Seng Giaw Tentang 1MDB Bukti Mahathir Pembohong Besar


Keputusan Mahkamah Tinggi semalam memutuskan tiada bukti yang menunjukkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) menanggung kerugian berjumlah US$3.657 bilion.

Mahkamah juga mendapati tiada bukti dakwaan berlakunya salah laku oleh anggota lembaga pengarah syarikat berkenaan.

Sementara bekas Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), Dr Tan Seng Giaw pula tetap mempertahankan kenyataannya bahawa laporan PAC mengenai  1MDB tidak membabitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Beikutan keputusan Mahkamah Tinggi itu dan penegasan Seng Giaw yang juga Naib Pengerusi DAP itu membuktikan tuduhan yang dilemparkan oleh pembangkang termasuk Tun Dr. Mahathir Mohamad kepada Najib berhubung isu 1MDB hanya berupa rekaaan semata-mata.

Hakim Datuk Nik Hasmat Nik Mohamad dalam membuat keputusan itu juga berkata Peguam Negara dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam kenyataan sebelum ini turut menyatakan bahawa Perdana Menteri tidak terlibat dalam isu 1MDB.

Mahkamah semalam membenarkan permohonan Najib dan 13 anggota Lembaga Pengarah 1MDB serta dua lagi untuk membatalkan saman bekas Senator Datuk Mohamad Ezam Mohd Nor terhadap 16 defendan itu berhubung kerugian dialami 1MDB berjumlah US$3.657 bilion.

Seperti yang dilaporkan oleh Bernama, hakim juga mendapati Mohamad Ezam selaku plaintif tidak mempunyai locus standi atau hak di sisi undang-undang untuk memfailkan saman itu.

Berbalik kepada pengakuan Seng Gian, beliau membuat kenyataan mengenai laporan PAC yang berkaitan 1MDB  itu  adalah secara sedar dan tidak dipaksa oleh mana-mana pihak.

"Itu pandangan saya berdasarkan laporan PAC mengenai 1MDB. Saya berpendapat, bukti perlu dikemukakan bagi mengaitkan pembabitan seseorang.

"Kegagalan berbuat demikian akan menjadikan (tuduhan) itu palsu," katanya seperti dilaporkan portal berita hari ini.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng semalam tidak menyenaraikan lagi Seng Giaw sebagai calon DAP  bagi mempertahankan Palimen Kepong yang dimenannginya`sejak sembilan kali pada pilihan raya umum ke-14 ini..

Bagaimanapun Seng Giaw tidak kisah tentang penggugurannya itu jika kerana beliau mempertahankan kebenaran berhubung isu 1MDB.

Namun, jelas Seng Giaw  bukti perlu dikemukakan dalam hujah mereka bagi menyokong sesuatu dakwaan kerana hanya mahkamah yang boleh memuktamadkan sesuatu keputusan. - Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com