Kenapa Mahathir 'Tidak Suka' Najib Bantu Penduduk Langkawi?


Apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan peruntukan RM1.3 bilion bagi lima projek pembangunan infrastruktur di Langkawi Februari lalu, Tun Dr. Mahahthir Mohamad  terus 'menabur fitnah' kononnya ia janji kosong atas alasan kerajaan tidak mempunyai wang.

Bekas perdana menteri itu berkata peruntukan RM1.3 bilion untuk Langkawi yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak baru-baru ini cuma “janji palsu.”

Ramai yang mempersoalkan kenapa Dr. Mahathir yang juga Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM)  nampak 'risau' atau 'tidak berapa suka' dengan peruntukan yang diberikan untuk faedah penduduk Langkawi.

Dr. Mahathir atau pihak pembangkang akan menjadikan isu politik jika kemudahan asas di Langkawi tidak mencukupi sekaligus menyalahkan kerajaan kononnya tidak memberi perhatian kepada keperluan penduduk tempatan.

Jika pun Dr. Mahathir mahu bertanding di Langkawi kenapa perlu beliau hendak menafikan hak rakyat pulau itu yang telah memilih kerajaan Barisan Nasional setiap kali pilihan raya.. 

Jika Dr. Mahathir mempunyai 'kekuatan' di Langkawi beliau tidak harus menyatakan perkara itu kerana ia adalah tanggungjawab kerajaan untuk memastikan kehidupan rakyat yang lebih baik sejajar dengan kepesatan Langkawi dalam industri pelancongan.


Malah sejak mengambil alih teraju pentadbiran negera pada 2009 dan selepas Dr. Mahathir
bersara, kerajaan Persekutuan telah menyalurkan peruntukan yang cukup besar untuk terus memajukan pulau berkeanaan.

Umpannya Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi (LIMA) pun tidak pernah dibatalkan walaupun pameran itu dimulakan oleh zaman pentadbiran Dr. Mahathir .

Umum tahu rancangan untuk melaksanakan pembangan baharu di Langkawi itu juga telah dirangka dalam Rancangan Malaysia Ke-11 dan peruntukannya diumum dalam Bajet 2017 dan 2018 lagi. 

Peruntukan yang disalurkan kerajaan Persekutuan itu adalah mengikut semasa dan berdasarkan kemampuan kewangan pada masa tersebut.

"Dakwaan  pembangkang bahawa kerajaan memberi 'gula-gula' PRU kepada penduduk Langkawi me­lalui pengumuman projek pembangunan bernilai RM1.3 bilion baru-baru ini, adalah tidak benar," demikian kata Menetri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid semasa  merasmikan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Langkawi baru-baru ini.

Beliau memberi contoh pertambahan bilangan sekolah rendah kebangsaan di pulau bebas cukai itu telah berkembang daripada hanya beberapa buah dan kini sudah meningkat kepada 21 buah .

Ini membuktikan peruntukan pembangunan oleh kerajaan tidak hanya dilakukan apabila tiba musim pilihan raya umum (PRU), kata Mhdzir yang juga anggota Majlis Tertinngi UMNO.

Antara projek persekutuan lain untuk penduduk Langkawi yang dibawa oleh Najib ialah melaksanakan kabel dasar laut bernilai RM45 juta di Pulau Tuba..

Pembinaan kabel berkenaan yang peruntukannya diluluskan pada 2012, siap sepenuhnya selepas 18 bulan. Projek itu telah memberi manfaat kepada kira-kira 5,000 orang penduduk di pulau tersebut.

Perdana Menteri sendiri telah merasmikan kabel Dasar Laut Melalui Sistem Grid Kebangsaan itu pada Mac tahun lepas.

Sebelum projek itu dilaksanakan, penduduk di situ terpaksa menggunakan jana kuasa untuk mendapatkan tenaga elektrik namun bekalannya tidak stabil.

Di samping itu peruntukan sebanyak RM700,000 menerusi Tenaga Nasional Berhad (TNB) di atas pelbagai projek rakyat juga disalurkan untuk pembinaan sebuah jeti di Tanjung Piandang melibatkan peruntukan sejumlah RM600,000, pendawaian semula 30 buah rumah (RM60,000) dan pembinaan 38 tiang lampu jalan.

Kerajaan turut meluluskan pembaikan rumah rakyat berjumlah RM800,000 dan pembinaan sebuah mini stadium di pulau itu seperti mana diumumkan dalam Bajet 2018 - Kedahnews.com.

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com