Kementerian Pendidikan Tinggi Siapkan Pensyarah IPT Hadapi IR 4.0


ALOR SETAR - Pensyarah-pensyarah di institusi pengajian tinggi (IPT) telah dipersiapkan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi sebagai menghadapi Revolusi Perindustrian Keempat (IR 4.0).

Menterinya, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, sejumlah 600 pensyarah bakal dipilih untuk mengikuti dilatih pada tahun untuk mempersiapkan mereka menghadapi dan melengkapkan diri dengan pendidikan teras IR 4.0.

“Kementerian Pendidikan Tinggi akan terus meningkatkan kursus-kursus berkaitan IR 4.0. Malah pada minggu lalu, saya melancarkan kerangka pendidikan Revolusi Perindustrian Keempat ini.

“Kita bersedia untuk menghadapi cabaran tersebut (IR 4.0) dalam memastikan pelajar kita selaras dengan kehendak pasaran pada masa depan,” katanya selepas merasmikan Kolej Komuniti Cawangan Jerlun di Jerlun, semalam memetik Utusan.

Penjelasan itu diberkan ketika diminta mengulas mengenai Manifesto Barisan Nasional (BN) yang terdahulu memberi jaminan terhadap masa depan sektor pendidikan negara yang inklusif demi menghadapi IR 4.0 yang bakal memahirkan 5 juta pelajar sekolah berkemahiran digital.

Yang hadir sama, Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, Datuk Dr. Ismail Abd. Aziz. - Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com