Kek Logo Parti Politik Laris


PASIR MAS - Seorang pengusaha pastri di jajahan ini turut terkena tempias Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) apabila kek berlogo parti politik dihasilkannya mendapat sambutan luar biasa daripada pelanggan.

Wan Aziati Wan Hussin, 47, berkata, permintaan terhadap kek berlogo parti politik itu bertambah sejurus pembu-baran Parlimen pada awal April lalu.

Menurutnya, sehingga kini dia dan pembantu tidak menang tangan untuk menyiapkan tempahan dibuat oleh para pelanggan.

“Setakat ini kek parti politik yang popular ialah Barisan Nasional (BN), Pas dan PKR.

“Kebanyakkan pelanggan yang membuat tempahan ini datang dari penduduk di sekitar Pasir Mas, Rantau Panjang dan Tumpat,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Wan Aziati memberitahu, kebanyakan kek berlogo politik itu ditempah untuk program parti dan sambutan ulang tahun kelahiran.

Sumber: Utusan Online

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com