Kejam! Ibu Sumbat Bayi Dalam Peti Sejuk Beku Selama Lebih 10 Tahun


Seorang ibu di Jerman tergamak membunuh dua bayinya dengan memasukkan mereka ke dalam beg plastik lalu disumbat di dalam peti sejuk beku selama lebih 10 tahun.

Steffi Schmidt, 46, berkata gara-gara tekanan akibat bebanan kerja yang melampau memaksanya membunuh dua bayinya dalam dua kejadian berasingan.

Perbuatan wanita itu terbongkar apabila pasangan barunya menemui bungkusan yang mencurigakan.

Kali pertama ibu tunggal itu membunuh bayinya yang baru lahir adalah pada 2004 yang lalu diikuti pada 2008.

Menurut laporan, salah seorang bayi tersebut masih hidup ketika disumbat ke dalam peti sejuk dan dibiarkan mati.

Polis kini masih menyiasat kes tersebut.

Sumber: Suara TV

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com