Kedah Panggil Mohamad Mantapkan Strategi Pertahan Lang Merah


ALOR SETAR - Kedah memanggil Ketua Jurulatih Piala Belia 19 Tahun Kedah, Mohamad Ramlee bagi memantapkan strategi pertahanan Lang Merah bagi membantu Ketua Jurulatih, Nidzam Adha Yusoff.

Kehadiran Mohamad pada aksi persahabatan menentang Perlis (Kedah menang 3-0) di Stadium Darul Aman pada Jumaat, diakui memberi petanda positif.

Mengulas isu itu, Pengurus Kedah, Syed Khairul Anuar Syed Abidin mengakui kehadiran Mohamad, yang juga bekas pemain Kedah, adalah sebagai usaha Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) memperkemaskan benteng pertahanan.

Hal ini kerana pasukan Lang Merah telah merekodkan jumlah bolos yang besar, sejak bermulanya Liga Malaysia Februari lalu.

"Kehadirannya adalah untuk membantu memperkasakan strategi pertahanan dan ini adalah penampilan pertama Mohamad kami walaupun KFA masih belum membuat pengumuman rasmi mengenai pelantikan beliau.

"Setakat ini, beliau masih mengendalikan skuad belia Kedah dan sebarang pengumunan mengenai pelantikan rasmi akan dimaklumkan kemudian.

"Tiada perubahan pemain yang akan dilakukan untuk pertahanan, cuma kita mahu tekankan kekuatan di bahagaian berkenaan. Kita telah mengenal pasti kelemahan yang perlu diperbaiki,"- katanya memetik BH Online


Sementara itu, Mohamad berkata, beliau dipanggil bagi membantu berkongsi pandangan untuk memantapkan barisan pertahanan Kedah.

"Kedudukan sebagai penolong jurulatih adalah tugas besar.

"Saya perlu menggunakan segala pengalaman termasuk ketika mengendalikan hampir  80 peratus pemain tempatan yang ada dalam skuad Kedah ini dalam usaha memantapkan lagi kekuatan pasukan," katanya yang menyerahkan kedudukannya kepada KFA kerana masih mengendalikan skuad Piala Belia Kedah. -Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com