“Kecoh, Macamlah Saya Ni Rosak Akidah” – Ogy


TINDAKAN pelakon ternama, Fauziah Ahmad Daud memuat naik gambar dengan berlatar belakang tanda salib mengundang kecaman hebat daripada segelintir pengikutnya di Instagram.

Memetik laporan mStar Online, gambar berkenaan diambil ketika pelakon wanita itu berswafoto bersama rakannya di Kings Park and Botanical Garden, di Perth, Australia.

Rata-rata netizen melahirkan rasa kurang senang terhadap gambar berkenaan kerana tindakan pelakon wanita itu dianggap tidak manis dan tidak bersesuaian sebagai seorang umat Islam.

Sedar isu tersebut menjadi bualan ramai, Fauziah atau lebih mesra dengan sapaan Ogy tidak berdiam diri sebaliknya membuat kenyataan balas bagi menjelaskan keadaan.

Menurut Ogy, tuduhan tidak masuk akal yang dilontarkan itu memberi gambaran seolah-olah dia seorang yang rosak akidah.

Malah, ogy turut menegur pengikutnya yang mempersoalkan mengenai gambar berkenaan dan menjelaskan tanda salib tersebut tidak menggugat imannya.

“Kecoh pasal gambar saya berlatar belakangkan salib dan macamlah saya ni punah akidah segala macam. Agak-agaklah, saya dah 56 tahun, takkan la saya tak tahu agama,” katanya menerusi video yang dimuat naik beberapa jam lepas.

Menerusi entri berkenaan juga, Ogy memberitahu dia tidak lagi akan bertoleransi dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah malah menegaskan akan bersuara dengan lebih lantang.

“I will not tolerate nonsense & I say it straight to your face. If you don’t understand English have someone to translate it for you,” tulisnya menerusi kapsyen di video berkenaan.

(Terjemahan: Saya tidak akan bertolak ansur terhadap sebarang perkara yang bukan-bukan dan saya biar saya bercakap terus kepada muka anda. Jika anda tidak faham bahasa Inggeris cari seseorang untuk terjemahkan kepada anda).

Sementara itu, difahamkan Ogy berada di Perth bagi menjalani penggambaran drama bersiri arahan Michael Ang berjudul Rahsia Hati Perempuan. - Kedahnews.com

1 comment:

  1. Benda kita tahu tak salah.. tapi boleh elak drpd mengabadikan lambang tu dgn kita samping dia..
    Bukan ka org ramai lebih hormat dia jika sekeping gambar tu di padam..

    ReplyDelete

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com