Kecewakah Mahathir Jika DAP Keberatan Guna Logo Parti Lain?


DAP tidak setuju guna logo atau simbol  parti lain dalam Pilihan Raya Umum Ke14?

Jika itu yang berlaku, maka ini bermakna cadangan Tun Dr. Mahahtir Mohamad selaku Pengerusi Pakatan Harapan agar digunakan satu simbol yang sama tidak diterima pakai oleh DAP. 

DAP berhak untuk tidak bersetuju cadangan Dr. Mahathir walaupun DAP turut bersetuju DAP untuk melantiknya sebagai Pengerusi  gabungan parti pembagkang danPerdana Menteri Ke-7.

Itu belum lagi Pakatan Harapan menang dan Dr. Mahathir diangkat sebagai Perdana Menteri.
Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Saifuddin Nasution Ismail yang dipetik daripada porttal berita berkata  kecuali DAP, ketiga-tiga parti kompenan lain, PKR, Parti Pribumi Bersatu Malaysia dan Parti Amanah Negara (PAN) bersetuju menggunakan logo PKR bagi menghadapi PRU 14.

DAP dikatakan masih keberatan (untuk menggunakan logo lain) dan akan bermesyuarat untuk menentukan perkara tersebut.

Jika itu yang terjadi hasrat Dr Mahathir selaku Pengerusi Pakatan Harapan untuk melihat empat kompenan PH menggunakan satu logo bagi berdepan PRU 14 mungkin tidak kesampaian.

Perkara itu didedahkan oleh  Saifuddin Nasution yang juga  semasa bercakap di DUN Taboh Naning, Parlimen Masjid Tanah Melaka semalam.

Menurutnya, esok (Selasa)  akan ada dua kemungkinan, pertama pengumuman tiga parti (PKR, PAN dan PPBM) bersetuju mengguna satu logo (PKR) dan dikecualikan DAP kerana alasan-alasan yang tertentu.

“Atau, kalau esok malam (Isnin) keputusan CEC pusat (DAP) bersetuju maka hari Selasa, pengumuman itu akan sebut empat parti menggunakan satu (logo),”katanya yang yang dipetik dari aidcnews

Logo DAP kurang sesuai digunakan memandangkan persepsi masyarakat bahawa parti itu didominasi satu kaum sahaja sudah lama tertanam, dan tidak menggambarkan realiti semasa politik.

Sebelum ini  Dr Mahathir mengumumkan bahawa PKR, DAP, PPBM dan PAN bersetuju untuk akan menggunakan logo atau simbol salah satu daripada empat parti itu dalam PRU akan datang.

Keputusan itu dicapai berikutan Pendaftar Pertubuhan (ROS) sehingga kini tidak memberi jawapan terhadap permintaan untuk PH didaftar sebagai gabungan parti pembangkang yang sah.

Mahahthir berkata, semua parti sudah menyatakan kesediaan membenarkan logo atau simbol parti masing-masing digunakan, namun kepemimpinan gabungan itu belum memutuskan logo atau simbol parti mana yang akan digunakan calon bagi mewakili PH. - Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com