Kata Mahathir Kuat Boleh Menang Mana Saja, Tapi Kenapa Tak Bagi PAS Letak Calon Di Langkawi?


ALOR SETAR - Dengan bangganya sebelum ini berkata Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohammad kuat banyak pengaruh dan penyokong malah tak takut untuk dicalonkan tidak kira di Langkawi, Kubang Pasu atau mana saja.

Bahkan jika Mahathir dicalonkan di Pekan pun dia boleh menang, di mana sahaja dia berada pastinya dia mampu untuk memperoleh kemenangan, itu kata Bekas Perdana Menteri tersebut.

Namun begitu, amat mengejutkan apabila Pakatan Harapan semalam menyeru dan merayu-rayu kepada PAS mahupun Gagasan Sejahtera agar tidak meletakkan calon bagi kerusi Parlimen Langkawi dalam PRU14 kali ini.

Rayuan dari hati yang sangat ikhlas namun terselit kesamaran ketakutan itu dibuat oleh Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (PAN) Kedah, Ustaz Ridhwan Abu Bakar dalam satu ceramah di kawasan DUN Ayer Hangat, Langkawi semalam memetik TV14.

Ehhhh... Amat mengejutkan! Bukankah Mahathir terlalu kuat untuk dikalahkan dan ditumbangkan? Jadi kenapa perlu takut dan gusar jika PAS yang 'sayur' itu mahu meletakkan calon di Langkawi?

Difahamkan Ridhwan memetik nama “Cik Bet”dipercayai merujuk kepada Yang di Pertua PAS Kawasan Langkawi, Zubir Ahmad, parti bulan purnama itu dikatakan tidak seharusnya bertanding bagi kerusi parlimen tersebut.

Pakatan Harapan hanya mahukan kerusi parlimen Langkawi menjadi pertembungan antara dua parti iaitu Dr Mahathir Mohamad (selaku calon Pakatan Harapan menggunakan simbol PKR) dan calon dari penyandang Barisan Nasional (BN).

Hanya dengan pertembungan dua penjuru itu maka ia dapat memudahkan Pakatan Harapan untuk 'menewaskan' calon BN lantas dapat mempersembahkan kepada rakyat Langkawi betapa 'hebatnya' Mahathir.

Rayuan itu ternyata mendapat sorakan gemuruh orang ramai, namun hakikatnya begitu terserlah sikap pengecut dan tikus Pakatan Harapan Langkawi yang kecut perut jika PAS atau Gagasan Sejahtera meletakkan calon mereka di kerusi panas tersebut.

Sehingga detik ini, Gagasan Sejahtera yang dikuasai PAS telah mengumumkan dua calon bagi kerusi DUN Ayer Hangat dan Kuah, sementara kerusi Parlimen Langkawi pula diserahkan kepada Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN) yang diasaskan oleh Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir.

Tetapi, IKATAN masih belum memutuskan untuk meletakkan calon di Langkawi walaupun telah diumumkan oleh Pesuruhjaya PAS Kedah dalam majlis memperkenal calon-calon Gagasan Sejahtera PRU14 Kedah pada 19 April lalu. - Kedahnews.com


#JomBN #BersamaBN #DahulukanRakyat #HebatkanNegaraku #PRU14 #TsunamiPHFitnah #GE14 #UndiBN #BR1M #ManifestoBN #HarapanPalsu #HarapanBohong #TolakDAP #PakatanDAP #SinsofMahathir #DosaDosaMahathir

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com