Karakter Upin Ipin Pun Nak Main Twitter Juga…


BARU-BARU ini, isu penyanyi muda Ismail Izani yang dikatakan telah curang dengan bekas kekasihnya, Sharifah Rose telah mendapat perhatian media.

Tapi sekarang kita tolak ke tepi dahulu isu percintaan mereka berdua kerana kini, telah wujudnya beberapa akaun parodi Twitter milik karakter animasi Upin Ipin yang menjadi kesukaan ramai.

Semuanya bermula selepas ada beberapa netizen di Twitter menyamakan Ismail Izani dengan karakter Mail dalam animasi berkenaan dan bekas kekasihnya, Sharifah Rose, sebagai kakak kepada pasangan kembar Upin Ipin.



Bertambah lucu apabila mereka menyamakan karakter berkenaan dan menyuruh karakter Mail itu untuk hanya menjual ayam pada harga dua ketul RM1 serta dinasihatkan agar tidak perlu bercinta lagi dengan Kak Rose.

Malah, disebabkan status kicauan berkenaan, semakin banyak akaun parodi karakter animasi itu wujud.


Antaranya ialah Jarjit Singh, Rembo (ayam yang sering mengganggu Upin Ipin), Uncle Ah Tong, Ehsan, Dzul, Fizi, Uncle Muthu, Opah, Sappy (karakter lembu), Cikgu Melati dan banyak lagi.

Walaupun ia merupakan akaun Twitter parodi, namun ramai netizen terhibur dengan kicauan yang ditulis oleh mereka berkaitan perkara itu.
Bukan itu sahaja, ada juga yang mengambil kesempatan untuk ‘masuk daun’ dengan memberi ayat manis kepada gadis menerusi Twitter.


Bagaimanapun, sehingga sekarang tiada lagi akaun parodi Upin Ipin yang diwujudkan.

Walhal mereka merupakan karakter utama dalam siri animasi berkenaan. Ramai tertanya-tanya mengapa tiada lagi akaun mereka berdua.

Biarpun ia cuma sekadar gurauan semata disebabkan isu Ismail Izani dan bekas kekasihnya, ia telah membuatkan ramai netizen terhibur selepas seharian penat menjalani rutin harin.

Diharapkan akaun Twitter berkenaan digunakan dengan baik dan semoga tiada unsur negatif yang disebarkan oleh pentadbir akaun berkenaan.

Bukan apa, takut nanti merosakkan nama baik produksi Les’ Copaque sahaja. - Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com