Kanak-Kanak Ketagih Ipad Tidak Tahu Guna Buku?


WASPADA… Kanak-kanak ketagih menggunakan iPad dan telefon pintar mengakibatkan mereka cuba menukar halaman buku dengan gerakan jari atau apabila diberikan oleh guru untuk dibaca.

Perbuatan pelik tersebut didedahkan ramai pendidik dalam Kesatuan Guru-guru Kebangsaan (NUT) di Britain yang menyatakan perkara ini sudah berleluasa berlaku semasa murid belajar di peringkat tadika dan prasekolah.

Kakitangan sekolah di negara Eropah tersebut malahan berkata, kebanyakan pelajar juga langsung tidak mengenali buku dan lebih parah ramai yang didapati tidak tahu bagaimana cara betul untuk menukar halaman berikutnya.

Menurut portal berita Dailymail, kanak-kanak terbabit sebaliknya menggunakan cara seperti gerakan jari pengguna telefon pintar atau tablet – seakan-akan muka surat buku tersebut merupakan skrin sentuh komputer interaktif.

Mereka berpendapat bahawa ini disebabkan oleh tindakan ibu bapa zaman moden suka memberikan iPad pada usia yang agak muda lagi, daripada sepatutnya memberikan buku-buku tradisional kanak-kanak untuk dibaca.

Jennifer Bhambri-Lyte, seorang anggota kesatuan perguruan dari North Somerset dipetik laman Dailymail sebagai berkata: “Berkongsi buku sebenarnya menyatukan ibu bapa berkongsi detik-detik berharga bersama-sama anak.

“Saya pernah mengajar di sebuah tadika dan amat membimbangkan apabila melihat seorang kanak-kanak cuba mengambil buku di rak sebelum kemudian ‘swipe’ (seret) ke kiri pada setiap halamannya seperti tablet.”

Guru wanita meluahkan kekhuatirannya itu semasa persidangan tahunan NUT dan mendakwa trend sedemikian mungkin sudah mengambil masa anak-anak ketika bersama keluarga di rumah. - Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com