Kalah Atau Menang Pakatan Pembangkang Akan Berpecah - PAS


PAS meramalkan gabungan pembangkang yang diketuai DAP bakal berpecah jika menang mahu pun kalah selepas pilihan raya umum ke-14 pada 9 Mei ini.

Ramai yang akan melompat parti jika ramai calon daripada parti pimpinan Tun Dr. Mahathir Mohamad menang banyak kerusi. 

Pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang kecewa kemungkinan besar lompat parti kerana kemenangan PPBM disebabkan menggunakan logo PKR.

Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, atas alasan itu juga PAS tidak mahu menyertai pakatan pembangkang itu dan lebih baik bergerkan secara bersendirian.

Beliau percaya pakatan itu akan retak suatu masa nanti apabila sebahagian pemimpinnya tidak puas hati jika parti yang baharu yang menumpang logo PKR menang lebih banyak kerusi.

“Ini pengalaman kita, pemimpin PKR dan DAP yang melompat parti, sebab itulah PAS lebih selesa bersendirian, susah nak menang tetapi  lebih baik daripada menjadi alat kepada pihak lain,” katanya berucap pada Majlis Makan Malam Kawasan Pasir Puteh di Pasir Puteh, Kelantan malam semalam.

Beliau yang dipetik daripada Sinar Harian berkata, gelombang PAS bersama rakyat di seluruh negara ketika ini sangat kuat yang membakar semangat pemimpin untuk terus berjuang.

“Kita nampak kebangkitan ini tapi kita tidak boleh terlalu yakin dan kita juga tidak pasif dalam mengatur gerak kerja pilihanraya, " ujarnya.

Tuan Ibrahim turut menyindir pakatan pembangkang itu yang kononnya untuk selamatkan Malaysia dengan mengangkat pemimpin tertentu tetapi PAS mahu selamatkan Malaysia dengan Islam.

Selepas PRU 13 lalu, Pakatan Rakyat yang dianggotai DAP, PKR dan PAS berpecah dan terkubur selepas gagal megambil alih Putrajaya .Banyak pemimpin termasuk PAS lompat parti dan menubuhkan parti baharu. - Kedahnews.com


No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com