Kafe 'Kematian' Di Bangkok


BANGKOK - THAILAND. Lari daripada tema kebiasaan yang mengetengahkan konsep ceria dan menenangkan, sebuah kafe di Bangkok memperkenalkan konsep 'kematian' dalam mempromosi perniagaan mereka.

'Kafe kematian' Kid Mai menampilkan dekorasi menyerupai majlis pengebumian di mana keseluruhan kafe di cat warna hitam dan dihias kalungan bunga yang biasanya dihadiahkan kepada keluarga si mati.

Menu makanannya pula mempunyai nama seperti 'penuaan', 'kesakitan' dan 'kematian', untuk mendapatkan diskaun istimewa, pengunjung boleh berbaring di dalam keranda yang disediakan sambil mengambil gambar.

Pemilik kafe unik tersebut, Veeranut Rojanaprapa yang juga seorang profesor dan penyelidik sosial berkata konsep kematian dipilih untuk mengingatkan masyarakat supaya menghargai kehidupan yang singkat ini.

"Mempunyai kesedaran terhadap kematian mengurangkan perasaan tamak dan marah, kita akan mempunyai niat untuk berbuat baik," ujarnya. - AFP

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com