Jumlah Kematian Kes Arak Haram Meningkat 90 Orang


JAKARTA - Jumlah kematian akibat keracunan arak haram di negara ini meningkat kepada sekurang-kurangnya 90 orang, menjadikan ia insiden terburuk membabitkan minuman dari jenis itu sejak beberapa tahun lalu.

Jurucakap polis berkata, senario terbabit turut memaksa salah satu negeri membuat pengisytiharan darurat hari ini.

Beliau memberi amaran, jumlah kematian mungkin meningkat susulan operasi besar-besaran pihak berkuasa di beberapa buah bandar untuk menahan penjual minuman beracun itu.

Sebahagian besar rakyat Indonesia mengamalkan ajaran agama Islam secara sederhana dan minuman beralkohol bebas dijual di bandar-bandar besar, namun harga serta cukai yang tinggi menyebabkan golongan berpendapatan rendah beralih kepada alkohol jenis murah tetapi berpotensi untuk mendatangkan bahaya keracunan.

Pada tahun 2016, 36 orang maut di Jawa Tengah selepas mengalami keracunan akibat meminum arak buatan tempatan.

Pihak berkuasa Indonesia hari ini mengumumkan bahawa sekurang-kurangnya 90 orang maut sejak dua minggu lalu di Jakarta, wilayah Jawa Barat dan timur Papua manakala puluhan lain lagi berada dalam kritikal di hospital akibat meminum arak yang sudah tercemar.

Sekurang-kurangnya sembilan orang lain telah ditahan hari ini susulan kejadian tetapi pihak berkuasa masih mencari pengedar utama arak haram itu yang lazimnya dijual secara rahsia oleh peniaga jalanan dan kadang-kala turut terbabit membancuh minuman itu sendiri. - AFP

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com