Jual Air Ketum Kepada Pelajar Sekolah, Seorang Buruh Ditahan


KOTA BHARU - Seorang buruh yang didakwa menjual air ketum kepada tiga pelajar perempuan sebuah sekolah di Bachok yang tular di laman sosial, ditahan pagi Selasa.

Suspek berusia 20-an ditahan sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Bachok dalam serbuan di rumah suspek di daerah itu pada jam 1 pagi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kelantan, Superintendan Mit Emong berkata, pihaknya mengambil keterangan tiga pelajar terbabit sebelum berjaya menjejaki suspek.

“Kami sebelum itu menjejaki mereka (pelajar perempuan) melalui rakaman yang tular di media sosial dan melalui gambaran-gambaran yang diberikan pelajar terbabit, suspek berjaya diberkas. 

“Keterangan awal suspek mengaku air yang dijual kepada pelajar tersebut adalah air ketum,” katanya kepada Sinar Harian.

Sumber: Awani

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com