JKM Baling, Dun Kuala Ketil Bantu Mangsa Kebakaran


ALOR SETAR - Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Baling dan Penyelaras Dun Kuala Ketil, Datuk Khairul Azhar Abdullah tampil menghulurkan membantu an sumbangan kepada dua keluarga yang terlibat kebakaran di Kampung Kuala Temekah pada 29 Mac lalu.

Pegawainya, Shamsul Izrin Isahak berkata, JKM menzahirkan keprihatinan mereka dengan menyampaikan tabung bantuan segera (TBS) dan kit bencana yang merangkumi tikar, tilam, pakaian dan minuman kepada keluarga berkenaan.

Menurutnya, dalam kejadian jam 9.30 malam itu, kebakaran melibatkan dua rumah terletak bersebelahan.

“Keluarga pertama yang terlibat ialah keluarga tiga beranak yang terbakar 100 peratus dan kini mereka hanya tinggal sehelai sepinggang.

“Bagi keluarga kedua, kebakaran melibatkan 40 peratus,” katanya.

Terdahulu, sebelum sumbang dihulurkan Shamsul sempat menziarahi keluarga mangsa kebakaran berkenaan bagi memberikan sokongan moral dan bagi meringankan derita serta tekanan yang dihadapi.

Menurutnya, dua keluarga itu kini tinggal di rumah saudara buat sementara waktu.

“JKM juga ingin menyampaikan penghargaan kepada masyarakat setempat yang membantu keluarga ini.

“Tindakan pantas pihak bomba juga membantu kebakaran tidak merebak ke rumah lain,” katanya. - Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com