'Jimat Belanja Dapur My Best Buy Fama' Di Sungai Petani Pikat 2,000 Pengunjung


ALOR SETAR - kaunter Jimat Belanja Dapur My Best Buy Fama sempena Program Sentuhan Rakyat Parlimen Sungai Petani di Pusat Operasi Fama Bakar Arang bermula jam 9 pagi sehingga jam 2 petang disini telah menarik minat 2,000 pengunjung.

Rata-rata pengunjung yang hadir teruja untuk mendapatkan barangan dengan harga kasih sayang yang jauh lebih murah ternyata dapat membantu golongan berpendapatan rendah dan warga emas.

Bagi Md Noor Osman, 67, dari Kampung Serukam, berkata, dia membeli nenas sebiji RM2 dan telur sepapan dengan harga RM5 sudah cukup untuk dirinya yang tidak bekerja.

Selain itu, bagi penduduk Khairul Azmi Abd Rashid, 36, berkata, dia sedikit terkilan kerana hanya sempat membeli gula sahaja berikutan terlalu ramai orang.

Seorang pengunjung, Alias Arsyad, 57, berkata, dia tidak mengetahui tentang program berkenaan namun melihatkan ramai orang berkerumun, dia juga singgah mencuba nasib dan sempat membeli gula sahaja.

Menurut Penaung Pasar Tani, Senator Datuk Shahanim Mohd Yusof, perlaksaan program tersebut merupakan satu kombinasi baik menyediakan barangan jualan dengan harga murah.

“Apa yang seronok ialah pemimpin turun padang untuk jualan kasih sayang iaitu subsidi dari wakil rakyat itu sendiri dan rakyat boleh ambil peluang,” katanya memetik Sinar Online.

Difahamkan, barangan yang dilelong termasuk bungkusan yang mengandungi enam barangan iaitu bawang putih, bawang merah, bawang besar, kentang, minyak paket satu kilogram dan tepung gandum satu kilogram yang keseluruhannya bernilai RM15.55 tetapi dilelong dengan harga RM10.

Program anjuran Wanita Umno Bahagian Sungai Petani dengan kerjasama Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan Sungai Petani itu dirasmikan Ketua BN Parlimen Sungai Petani, Datuk Abdul Rahim Saad.

Pengunjung yang hadir tirut mencadangkan agar program berkenaan dianjurkan setiap minggu bagi meringankan beban ibu bapa yang mempunyai anak yang ramai, golongan miskin dan ibu bapa berstatus orang kurang upaya selain salah satu cara bukti keprihatinan kerajaan kepada rakyat. - Kedahnews.com


#UndiBN
#DahulukanRakyat
#HebatkanNegaraku
#BersamaBN

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com