Jika Pecat Anwar Itu Silap, Mustahil Mahathir Kini Betul


MASIHKAH KAU INGAT?… Sewaktu memecat Anwar Ibrahim 20 tahun lalu, Mahathir Mohamad ada segala kuasa, maklumat dan jentera untuk memastikan beliau buat keputusan yang betul tepat.

Ia berlaku pada 2 September 1998, genap dua hari sahaja selepas Pulau Pinang, negeri Anwar sendiri; bergembira jadi tuan rumah acara perarakan Hari Kebangsaan peringkat nasional ketika itu yang digilirkan mengikut negeri.

Malangnya keceriaan itu berakhir tidak sampai 48 jam apabila Mahathir sebagai perdana menteri dan menteri dalam negeri pada waktu tersebut, bertindak secara zalim memecat timbalannya di ibu pejabat UMNO di ibu negara.

Akibat peristiwa tidak diduga itu, Anwar yang cuma selangkah menjadi ketua kerajaan bertindak balas melancarkan gerakan Reformasi dengan laungan Undur Mahathir Negara Okay yang diambil daripada akronim UMNO sendiri

Ironi hari ini Mahathir yang hampir berusia 100 tahun itu tiba-tiba berubah langsung dengan mengaku silap pecat Anwar kira-kira dua dekad lalu. Kenapa sekarang dan bukan sewaktu masih bersama UMNO mencetuskan misteri!

Dengan segala akses dan kuasa mendapat maklumat pada ketika itu, beliau mendakwa konon boleh membuat satu keputusan politik yang salah sehingga menyebabkan kekecohan seluruh negara dan mengaibkan keluarga Anwar.

Jadi apakah kemungkinan untuk Mahathir yang tidak punya apa-apa akses, dikelilingi mereka yang tiada maklumat dan pasukan perisikan boleh buat keputusan betul mengenai pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini?

Mustahil!

Yang tidak mustahil ialah Mahathir sekali lagi akan mengejutkan negara apabila partinya kalah dalam pilihan raya umum akan datang. Mahathir adalah sesumpah politik yang boleh berubah warna mengikut keperluan politiknya.

Hari ini beliau menyalahkan polis konon punca beliau memecat Anwar. Esok siapa lagi orang sekelilingnya akan menjadi mangsa kambing hitam untuk dipersalahkan pula? Pendek kata semua orang salah, beliau sahaja betul.

Ketika itu tidak mustahil Mahathir berbaik semula dengan Najib dan mendakwa perjuangannya hari ini salah kerana ditipu Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Shafie Apdal, Sarawak Report dan kroni Cina yang rapat dengan beliau.

Mahathir sanggup berbuat apa sahaja demi mencapai matlamat peribadinya. Mengaku silap memecat Anwar lebih 20 tahun lepas itu bukanlah satu-satu tindakan terakhir beliau dan ini juga bukan yang pertama. Percayalah!!! - Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com