Isu Sabotaj Pesawat: Kenapa Mukhriz, Pembangkang Tidak Pertahan Dakwaan Mahathir?


Belum lagi kedengaran suara Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan pemimpin pembangkang terutama PKR dan DAP yang menyokong dakwaan Dr. Mahathir Mohamad kononnya pesawat yang hendak dinaikinya ke Langkawi 'disabotaj.' 

Biasanya kenyataan Dr. Mahathir yang memburukkan kerajaan dan kepimpinan Datuk Seri Najib Razak begitu cepat disokong dan diputar belit supaya rakyat mempercayainya seperti isu 1MDB. dan GST.

Namun kali ini Mukhriz dan pemimpin Pakatan Harapan semacam tidak boleh menerima dakwaan Dr. Mahathir itu. 

Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) sudah mengesahkan bahawa tiada wujud sebarang unsur sabotaj terhadap pesawat yang sepatutnya dinaiki Dr. mahathir yang juga calon PKR Parlimen Langkawi Jumaat lalu.

Pengerusi CAAM, Datuk Seri Azharuddin Abdul Rahman dalam kenyataanya berkata, pesawat tersebut sebenarnya gagal terbang disebabkan masalah teknikal kecil dan kesalahan rutin iaitu kebocoran udara dari bahagian kiri tayar depan pesawat tersebut.

Bagaimanapun  bekas Perdana Menteri yang berusia 93 tahun masih  mempertahankan dakwaannya tersebut kononnya terdapat pihak lain yang telah dimaklumkan awal berkaitan kejadian tersebut.

Dr Mahathir  juga  dilaporkan menolak hasil penyiasatan CAAM yang mengenepikan sebarang unsur sabotaj pada pesawat yang sepatutnya digunakan beliau untuk  ke Langkawi .

Beliau tidak dapat menerima kenyataan dibuat CAAM itu, kerana mendakwa ia dibuat tanpa melalui melalui siasatan yang terperinci ke atas pesawat.

“Mereka kata ia bukan sabotaj…bagaimana mereka buat kesimpulan sebegitu sedangkan mereka tak buat apa-apa siasatan,” katanya kepada pemberita selepas menemui pengundi di pasar awam Kuah, di semalam.

Mengulas lanjut, Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu berkata, perbuatan sabotaj didakwanya itu hanya sebahagian daripada usaha untuk menghalang beliau daripada menjadi calon bagi kerusi Parlimen Langkawi

Inilah kali kedua Dr. Mahathir membayangkan tentang 'kematian' yang mungkin berlaku ke atasnya. 

Sebelum ini beliau ada menyebut "  “Will Cops and military wait till I’m killed before coming to their senses?” 

Kononnya apabila ada orang sudah membunuhnya barukah polis dan tentera sedar mereka di pihak yang salah.

Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Tan Sri Raja Mohd Affandi bagaimanapun menegaskan kesetiaan Angkatan Tentera Malaysia adalah kepada raja dan negara dan tidak berpihak kepada mana-mana parti politik.

Dahulu, pencetus reformasi  Datuk Seri Anwar Ibrahim 'berlindung' di Kedutaan Turki kerana bimbang dakwaan ancaman keselamatannya , tetapi tidak apa yang berlaku selepas itu kecuali tuduhan liwat ke atas pembantunya.- Kedahnews.com

#JomBN #BersamaBN #DahulukanRakyat #HebatkanNegaraku #PRU14 #TsunamiPHFitnah #GE14 #UndiBN #BR1M #ManifestoBN #HarapanPalsu #HarapanBohong #TolakDAP #PakatanDAP #SinsofMahathir #DosaDosaMahathir


No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com