ISIS Guna Drone Serang Piala Dunia Di Rusia?


KUMPULAN militan ISIS dilaporkan merancang untuk menyerang pemain dan penonton perlawanan bola sepak Piala Dunia di Rusia dengan menggunakan bom yang diikat pada drone.

Ia didedahkan menerusi gambar dan video yang dimuatnaik menerusi aplikasi telegram, di mana kumpulan itu menerangkan dengan mendalam bagaimana serangan akan dilancarkan.

Antara gambar yang diperolehi menunjukkan bagaimana sebuah drone membawa roket dan bagaimana anggotanya dari Syria dan Iraq dipanggil balik ke Rusia untuk sama-sama terlibat dalam serangan terbabit.

Kumpulan pengganas itu dikatakan sedang menyiapkan pelan terbabit menjelang perlawanan Piala Duna yang dijadualkan pada bulan Jun ini.

Dalam pada itu, pakar sekuriti siber, Elad Ezrachi, meminta pihak berkuasa melihat ancaman tersebut sebagai sesuatu yang serius.

“Tidak dapat dinafikan jika teknologi ini digunakan oleh ISIS dalam melancarkan serangan di Piala Dunia, ia boleh menyebabkan kematian,” katanya.

Drone yang bakal digunakan ISIS itu dikatakan kebiasaannya digunakan oleh pengarah filem. Selain drone, ISIS juga akan menggunakan kapal terbang serta alatan khas untuk membawa bom.

ISIS sebelum ini berulang kali memberikan amaran untuk menyerang Piala Dunia di Rusia dan ia juga dikatakan menjadi medan untuk membalas dendam terhadap serangan Vladimir Putin di Syria.

Malah pihak risikan Jerman turut menyifatkan risiko tinggi serangan pengganas akan berlaku ketika penganjuran Piala Dunia itu apatah lagi militan dari Rusia telah dipanggil pulang dari luar.- Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com