Industri Automotif Kini Lebih Baik Berbanding Zaman Tun Mahathir


ALOR SETAR - Kerajaan di bawah pentadbiran Barisan Nasional (BN) berjanji akan terus mendukung transformasi industri automotif ke arah mobiliti masa hadapan jika terus diberikan mandat memegang tampuk pemerintahan negara, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri Najib Razak berucap pada majlis jerayawara Mobiliti Terhubung dan pelancaran Malaysia Autoshow 2018 hari ini, berkata Dasar Automotif Negara 2018 adalah penting sebagai enjin penggerak kepada ekonomi Malaysia ke tahap yang lebih tinggi.

Manfaat-manfaat daripada kajian semula Dasar Automotif Negara hanya boleh tercapai di bawah kesinambungan kerajaan di bawah pentadbiran BN.

Dasar baharu automotif yang komprehensif dan futuristik yang dibawa Najib adalah lebih baik berbanding zaman Tun Mahathir yang hanya tertumpu kepada Proton.

Dengan ini, telah memberi satu bayangan masa depan negara dari segi industri automotif, infrastruktur yang maju, peluang pekerjaan yang berpendapatan dan berkemahiran tinggi, ekosistem yang dinamik.

Najib berkata justeru, kerajaan BN akan mengambil langkah proaktif, lebih teliti dan mempunyai perancangan yang tersusun dalam merangka agenda pembangunan negara seperti terkandung dalam manifesto BN yang dilancar pada 7 April lepas.

Jelas perdana menteri, antara yang diberi tumpuan dalam manifesto itu berkaitan 'Pengangkutan Futuristik' adalah pembinaan Kereta Api Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur-Singapura (HSR), membina landasan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) dari Pelabuhan Klang, Selangor ke Pengkalan Kubor, Kelantan dan pembangunan Sistem Aliran Transit Ringan (LRT) serta fasa 3 Sistem Aliran Transit Massa (MRT).

Selain itu, pelbagai inisiatif untuk mewujudkan sistem pengangkutan yang lebih mapan dan efisien ini tidak bermakna kerajaan akan berhenti menyediakan dan membangunkan kemajuan infrastruktur untuk rakyat.

Menurut Najib memetik Bernama, adalah menjadi aspirasi kerajaan supaya industri automotif negara terus berkembang menjadi lebih pintar dan canggih seterusnya terus memandang jauh ke hadapan.

Bukan itu sahaja, dengan penglibatan ini, cita-cita rakyat Malaysia untuk memiliki kereta elektrik, menikmati kereta pandu sendiri dan kereta terbang atau 'flying car' akan tercapai suatu hari nanti.

Tambah Najib, MITI dan MAI telah pun memulakan kajian semula Dasar Automotif Negara 2018 (NAP 2018) merangkumi empat tonggak utama iaitu Kenderaan Generasi Baharu, Mobiliti, Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0) dan Kecerdasan Buatan.

Dengan itu, beliau yakin bahawa kerajaan akan terus membawa aspirasi rakyat untuk melonjakkan ekonomi Malaysia yang seimbang dari aspek kematangan sosial, perkongsian kekayaan dan kelestarian alam sekitar.- Kedahnews.com

#MalaysiaAutoshow2018
#MA2018
#BersamaBN
#HebatkanNegaraku



No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com