India Mahu Perogol Budak Dihukum Mati


NEW DELHI - India kini dalam proses memperkenalkan hukuman mati terhadap perogol kanak-kanak berikutan peningkatan jenayah itu kebelakangan ini.

Dalam kejadian terbaru, seorang budak perempuan berusia lapan tahun diculik, diberi dadah dan dirogol beramai-ramai dalam kuil Hindu di Kathua, di utara Jammu Kashmir.

Penjenayah mengurung mangsa beberapa hari, kemudian membunuhnya dan membuang mayat kanak-kanak itu di dalam hutan.

Berikutan kejadian itu, demonstrasi tercetus di seluruh India, sekali gus meningkatkan tekanan kepada kerajaan untuk bertindak lebih tegas bagi jenayah seksual.

Press Trust of India melaporkan, syor Kementerian Kehakiman kepada Mahkamah Agung melakukan pindaan Akta Perlindungan Kanak-Kanak Daripada Jenayah Seksual bagi membolehkan hukuman mati dilaksanakan sedang dipertimbang dengan serius.

India melaksanakan hukuman mati bagi jenayah berat seperti pembunuhan kejam atau serangan pengganas. - AFP

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com