India Lulus Hukuman Mati Kes rogol


NEW DELHI - Kabinet India, pada Sabtu meluluskan hukuman mati ke atas perogol gadis di bawah usia 12 tahun selepas Perdana Menteri, Narendra Modi, mengadakan mesyuarat tergempar sebagai reaksi kepada kemarahan seluruh negara susulan siri kes rogol.

Arahan eksekutif itu, atau ordinan, meminda undang-undang jenayah untuk memasukkan hukuman lebih drastik bagi perogol disabitkan merogol gadis bawah usia 16 tahun, kata pegawai kerajaan.

Arahan itu akan berkuat kuasa sebaik ia ditandatangani presiden India.

India melancarkan mahkamah yang bersidang pantas dan undang-undang rogol lebih tegas selepas serangan mengerikan ke atas wanita mudah mengejutkan negara itu pada 2012, tetapi penularan kes rogol di India tidak menunjukkan tanda menurun.

Ada 40,000 kes rogol dilaporkan pada 2016. Mangsa ialah kanak-kanak dalam 40 peratus kes.

Setiap hari, akhbar melaporkan kisah baru keganasan seksual terhadap wanita.

Kemarahan terbaru berlaku selepas butiran mengenai seorang kanak-kanak Islam berusia lapan tahun dirogol beramai-ramai di kawasan Jammu Kashmir yang dikuasai penganut Hindu.

Pemimpin Parti Bharatiya Janata pimpinan Modi tampil menyokong tertuduh, yang menaikkan lagi kemarahan penduduk awam. - Reuters

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com