Indeks Saham Tertinggi Untungkan Rakyat, Tambah Keyakinan Pelabur Luar



Dakwaan yang menyatakan negara ini salah urus dan bakal bangkrap hingga mahu 'diselamatkan'  oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad hanya ciptaan parti pembangkang.

Kenaikan Indeks Komposit FTSE Bursa Malaysa (FBM KLCI) yang  mencecah paras tertinggi dalam sejarah ekonomi negara Khamis lalu, bukan sahaja menambah keyakinan para pelabur tetapi juga menguntungkan rakyat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, keuntungan yang diperolehi rakyat itu ialah menerusi saham yang mereka labur menerusi unit amanah yang diuruskan Permodalan Nasional Berhad (PNB). 

"Siapa kata rakyat tak untung, bukan semua main saham secara langsung, tapi kita juga pelabur Amanah Saham Nasional (ASN), ASB selain yang menabung untuk anak-anak, iaitu Amanah Saham Didik.

Kalau saham naik, PNB untung, PNB bagi balik pada rakyat dalam bentuk dividen dan bonus, begitu juga pencarum dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang akan isytihar  dividen yang tinggi," kata Najib.


Beliau berkata, pelabur luar negara juga yakin untuk datang melabur negara ini berdasarkan petunjuk`kenaikan indeks di pasaran saham tempatan itu.

Buktinya dalam masa dalam empat bulan ekuiti dana saham luar negara bertambah RM2.9 bilion, iaitu  antara yang tertinggi di Asia.

"Kita tidak boleh tipu tentang dana yang bersais besar hingga trilon dolar AS telah dibawa melabur ke Malaysia, tetapi pelabur juga telah buat kajian mendalam tentang pasaran di negara-negara lain sebelum membuat keputusan untuk datang ke sini,"  kata Perdana Menteri.

Menurut beliau, ini  berlaku kerana pelabur percaya dan yakin tentang dasar pemerintahan kerajaan BN yang baik hingga mendorong ekonomi terus berkembang.

Najib berkata demikian ketika berucap pada majlis pemimpin bersama rakyat sempena majlis pecah tanah Projek Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) di Kampung Padang Tembak,  di Bukit Pinang, Kedah hari ini. - Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com