Ibu Nafi Mahu Lapor Polis Insiden Aiman Tino Ditampar


KUALA LUMPUR — Ibu penyanyi remaja Aiman Tino menafikan mahu membuat laporan polis berhubung insiden anaknya ditampar seorang pelakon senior ketika penggambaran drama.

Hazelina Mat Jalil berkata isu timbul hanya kerana salah faham dan dia sendiri berada di lokasi ketika adegan itu dilakukan, lapor Kosmo!.

“Kami faham ia cuma untuk lakonan dan Aiman pun okay sahaja selepas itu,” kata ibu penyanyi Ku Rela Dibenci.

“Jadi tiada apa-apa laporan polis akan dibuat kerana ia cuma hal kecil dan salah faham daripada pihak pengurusan sahaja.”

Aiman dilaporkan merelakan dirinya ditampar berulang kali bagi menghayati watak dalam drama komedi Mak Cun.

Ekoran itu akhbar 29 Mac lalu melaporkan pihak pengurusan mahu mengambil tindakan terhadap pelakon Fazlina Ahmad Daud. 

Sumber– MalayMail

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com